Pages

Thursday, May 5, 2011

waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak

ibu bapa memang tidak salah untuk menasihati anak mereka
tetapi ibu bapa selalu terlupa
atau tidak tahu
masa yang sesuai untuk menasihati anak mereka
di sini saya berikan sedikit cadangan
hasil dari pembacaan saya
waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak

  • masa rehat bersama anak tapi mulakan topik perbualan dengan perkara yang disukai oleh anak kerana anak pun mungkin ada sesuatu untuk dibincangkan.
  • ketika beriadah dan berekriasi bersama anak kerana ketika itu anak merasakan diri dekat pada ibu bapa
  • di dalam perjalanan kerana anak tidak boleh lari dari mendengar nasihat
  • ketika hendak tidur kerana anak mungkin boleh memikirkannya sementara menunggu mata terlelap
  • selepas mandi kerana ketika itu badan dan fikiran anak berada dalam keadaan segar
  • selepas sembahyang kerana ketika itu kesedaran di dalam diri akan timbul

kelebihan bersahur

kebanyakan mereka yang masih bujang
memang tidak suka bangun untuk bersahur
mereka lebih suka makan sebelum tidur
untuk menggantikan sahur
tapi perlu di ingat
makan sebelum tidur tidak baik untuk kesihatan
dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan
ataupun mungkit "perot boroi"

apakah kebaikan bersahur??

  1.  menambahkan nutrisi di dalam badan. lebihkan makan makanan yang mengadungi vitamin, protien dan mineral.
  2. ia boleh memberi lebih prestasi dan tumpuan terhadap perkara yang dilakukan serta mengurangkan rasa letih dan lapar.
  3. tubuh badan menjadi lebih kuat dan bertenaga ketika melakukan aktiviti fizikal
  4. mampu mengawal kadar kolestrol dalam badan
makanan apa yang baik ketika bersahur??
  1. kurma - kerana ia memberi gula di dalam badan untuk memberikan tenaga
  2. telur - lebih cepat mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar serta memberikan tenaga
  3. dan banyak lagi makanan yang berkhasiat