Pages

Thursday, March 12, 2015

aku hanya supervisor tapak binaan

Puas mencari kerja tapi susah untuk mendapat kerja pada zaman sekarang.. Ini kerana terlalu ramai bijak pandai yang mengisi jawatan-jawatan utama di dalam kerajaan mahupon swasta. Aku berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dan kini aku bekerja untuk sebuah syarikat pemaju di bandar. Walaupun aku diberi jawatan sebagai pempantu pengurus projek tapi aku hanya dilayan dan diberikan tugas sebagai penyelia tapak bina. Bagaimanakah ini terjadi? Ini kerana pada ekonomi zaman sekarang kebanyakan syarikat kontaktor mahupon pemaju terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan syarikat. Oleh sebab itu, jurutera menjadi supervisor, pembantu pengurus projek menjadi supervisor dam supervisor menjadi pekerja teknikal. Aku bekerja di bawah sinaran matahari bersama pekerja buruh walaupun tugasku hanya memerhatikan mereka bekerja. Sekiranya aku hilang, pengurus projek akan menelefonku dan bertanya "mana u?, kena jaga kerja". Tapi Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku masih mempunyai rezeki untuk keluarga.