Pages

Tuesday, November 29, 2011

Semester Nov 2011

Lama rasa tidak berkata-kata menggunakan perkataan ini.. Pengajian di KLIUC masih belum habis dan masih banyak perkara yang perlu aku ubahsuai. Penampilan diri, perangai dan banyak lagi. Jadi, apakah langkah seterusnya untuk aku teruskan hidup aku yang sentiasa meriah dengan masalah ini. Pelajaran aku kini semakin merosot dah aku tidak dapat menumpukan perhatian aku. Mungkin kerana terlalu banyak memikirkan masalah kewangan terutamanya yuran pengajian yang secara jujurnya terlalu mahal untuk diri aku yang tak bekerja ini. Nama pun masih belajar mesti la belum bekerja lagi.

Fikiran aku kusut memikirkan apakah yang terbaik untuk diri aku. Belajar atau bekerja. Rasa seperti tadak mahu menyusahkan orang tua lagi. Balik kampung dah la setahun tak sampai pun sepuluh kali. Setelah lama berfikir dan mendapatkan nasihat dari keluarga terdekat, awek, dan kawan-kawan. Walaupown banyak berlaku cengkerama. Akhirnya aku memutuskan untuk menghabiskan pelajaran aku.

Sungguh tak di sangka, aku hanya menambik tiga subjek sahaja pada semester ini. Terlalu banyak sekosongan masa yang perlu diisi dengan aktiviti yang tidak dirancang. Habis la aku. Group pon aku dapat yang aku tak penah pun kenal sesiapa. Tak tahu la bagaimana untuk menempuh empat bulan pada semester ini.

Harapan aku, aku berjaya menaikkan pionter aku dalam pelajaran dan menaikkan nilai duit aku dalam akaun bank. HEHE.. "nasib.. oh nasib"

No comments:

Post a Comment