Masalah kewangan merupakan masalah yang sentiasa kita dengar.. kat mana je kita berada.. mesti isu ni sentiasa timbul.. mahupon ketika kita belajar sehinggalah kita kerja dan mendapat gaji yang besar.. masalah ini tidak pernah lari.. jadi bagaimakah cara kita untuk berjimat untuk mengurangkan masalah kewangan dalam kehidupan kita.. mungkin cara ini boleh membantu kita serba sedikit supaya kita lebih berjimat
- kurangkan makan di luar dan hanya makan di rumah sahaja.. masak sendiri sekurang-kurangnya kita boleh masak mengikut selera kita
- bawa bekal ke tempat kerja atau ke tempat belajar
- berhenti merokok atau kalo dah jadi perokok tegar tu.. try hisap "smokeheaven" (rokok wap air)
- baca akhbar dan majalah daripada internet dan tidak membeli akhbar.. apa guna ada internet jika kita menggunakan dengan betul
- kurangkan pergi menonton wayang dan lebihkan membeli dvd atau cd.. lebih jimat dan boleh tengok berulang kali
- mengurangkan aktiviti di luar rumah
- bergilir-gilir menggunakan kenderaan untuk ke tampat kerja atau belajar atau lebih baik menggunakan kenderaan awam
- beli kenderaan terpakai yang masih baik dan murah
- minum air kosong ketika makan tengah hari
- kurangkan ke tempat membeli belah kerana mungkin duit anda akat keluar secara tidak sengaja